Sunday 10 May 2015

Ibu

Hari ni Hari Ibu buat ibu2 di Malaysia , sambutan yang berbeza mengikut negara , masa Wanmommy di Jordan Hari Ibu disambut dalam bukan Mac . Apapun hari-hari adalah Hari Ibu , Selamat Hari Ibu buat semua ibu walau di mana berada . Di mana Wanmommy sambut Hari Ibu. ?? Wanmommy memandu ke arah sebuah perkuburan di tepi jalan besar dan park kereta betul2 rapat dengan pagar perkuburan sebab pusara Bonda kepada Wanmommy adalah di sebelah pagar tu saja . Wanmommy memang payah nak melangkah masuk je dalam perkuburan yang tidak tersusun kubur di dalamnya , takut terjatuh tersepak batu nesan . Wanmommy hanya melihat pusara arwah Bondadari tepi pagar dan senang nak parking betul2 sebelah pusara bonda sebab ada pokok bunga di atas pusara bonda . Wanmommy sedekahkan Al Fatihah buat Bonda yang telah pergi 4 tahun lalu di bulan Ramadan . Sayu walau dah tak terkira kalinya Wanmommy ke pusara Bonda . Wammommy saja biarkan kenangan manis bersama Bonda berlegar di kepala dan semua itu kekal kenangan selamanya . Cuma satu yang Wanmommy doakan agar dapat bertemu Bonda di syurga , InsyaaAllah . Cium dan peluklah Ibu kalian ketika masih peluang . Tiada apa yang dapat membalas jasa ibu , sebesar dunia ini jika dihadiahkan kepada Ibu kita takkan dapat membalas jasanya . Sekali lagi -- Selamat Hari Ibu. !!!

Saturday 9 May 2015

Redha ini " balasan" .

Setelah agak lama selepas serangan stroke Wanmommy mula boleh terima yang ujian sakit ini adalah balasan dari Allah . Kenapa dikatakan balasan. ?? Salah satu puncanya begini : Wanmommy imbas kisah lama . Sebelum 2005 atau sebelum Wanmommy berpindah ke Amman , Jordan , Wanmommy seorang yang aktif sekitar Kemaman hingga ke Felda2 yang ada di daerah Kemaman , kerja Wanmommy bagi ceramah , kursus motivasu khas buat mak-mak dan anak2 remaja dan mempengerusikan pelbagai acara . Pendekata Wanmommy sorang yang fasih bila berkata-kata . Setelah berpindah ke Amman . Wanmommy merasakan satu kebebasan dan kepuasan duduk di rumah tanpa sebarang acara , cuma mendidik 2 orang saja anak yang sedang bersekolah tadika dan menengah rendah . Rasa amat seronok rasa macam on vacation saja , ada cuti jekami melancong ke negara jiran . Bila Wanmommy pulang ke tanahair Wanmommy dah mula selfish , I just nak focus on my family . Puas kawan2 pujuk agar kembali menjadi penceramah da emcee , namun Wanmommy tetap berkeras kata "No" , my time hanya untuk diri sendiri dan keluarga . Bila masa Tokdaddy pulang bercuti ( every other month ) kami biasanya akan pergi bercuti , melancung ke luar negara , sekurang2nya 3 kali setahun , we enjoyed travelling so much . "Balasan" -- yup, bila dah kena stroke , walaupun mulut I tak sampai herot tapi I cakap dah pelat dan tak fasih , kadang2 I tak boleh control , I nak sebut lain tapi perkataan lain yang keluar ( berterusan hingga kini ) . Wanmommy dah redha stroke ini juga sebagai balasan atas sikap angkuh dan selfish Wanmommy . Wanmommy berpesan kepada semua -- ingat masa sihat sebelum sakit . Lakukan yang terbaik buat agama terutamanya .

Thursday 7 May 2015

Sukarnya REDHA .

Hari ni Wanmommy nak tulis kisah REDHA dalam ujian dari Allah . Wanmommy dah belajar konsep redha dari kecil , dari peringkat sekolah lagi . Memang rasa sangat mudah untuk memahami konsep redha dalam hidup . Selama 48 tahun hidup memang Wanmommy redha hidup dalam serba sederhana dan kadang2 mewah , senang untuk redha di kala itu . Jun 2013 Wanmommy diserang stroke dalam pada lepas balik bercuti di musim cuti persekolahan , baru lepas memandu beribu km , berdua saja pergi bercuti dengan anak bongsu ( beria Wammommy minta kebenaran dari Tokdaddy yang bekerja di Abu Dhabi untuk keluar bercuti ) . Happy ke sana ke mari dan dengan tiada tanda sakit apa2 kecuali diabetes tapi terkawal , Wanmommy disahkan stroke selepas buat MRI , Wanmommy cuma rasa tak sedap badan sebelah kiri , itu saja . Selepas 72 jam ( waktu peak untuk stroke either makin baik or makin teruk ) dan mine was getting worse , langsung dah tak boleh gerakkan keseluruhan badan sebelah kiri walaupun untuk gerakkan jari . Wanmommy konon nak test the power of my brain and mind , cuba focus untuk gerakkan jari , hampa , sedih usah kata . Dalam suasana tu Wanmommy taktau dah erti konsep redha . Memang mudah sorang datang ziarah pesan agar redha , redha dan redha . Sangat payah rupanya . Wanmommy yang aktif dan ceria sokmo , tiba2 direntap kebebasan begitu sahaja , sekelip mata . Wanmommy menangis dan menangis , rasa kosong , kosong se kosongnya dan pada waktu itu time period pula , tak boleh solat . Wanmommy dengar pula ceramah seorang motivator terkenal yang mengatakan -- jika sesuatu musibah berlaku , itu mungkin juga balasan dari Allah , bila Wanmommy dengar perkataan " balasan " hati jadi tak keruan , tahu diri ini tak dapat lari dari dosa tapi dalam jiwa ini ada lebih dari 1001 persoalan , kenapa balasan itu kena pada diri ini ? Wanmommy dengar pula ceramah dari seorang pemceramah yang terkenal di peringkat antarabangsa , ustaz ni kata jika musibah datang melanda diri , anggap itu sebagai satu petanda yang Allah Sayangkan Kita , Allah tidak bagi balasan kerana sifat Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani . Wanmommy suka dengan apa yang Wanmommy dengar dan sudah mula merawat hati dan pentakit stroke itu sendiri . Pelbagai rawatan Wanmommy cuba , tanam badan dalam pasir laut , kerusi urut , katil urut , urut traditional melayu , macam2 jus yang MLM jual , semua sudah dan akhirnya Allah pertemukan Wanmommy dengan seorang uncle tionghua yang pandai urut sendi untuk pulihkan stroke . Setiap minggu uncle datang dari Kuala Terengganu dan Wanmommy dah boleh bergerak , memandu cuma kaki especially di lutut yang tak sempat habis urut bila hujung tahun 2013 itu kami terpaksa berpindah dari rumah kami yang dilanda banjir besar ( dalam rumah hapus kepala dalam airnya ) , dengan keadaan Wanmommy yang belum sembuh sepenuhnya , Wanmommy balik kampung . Kalau ikutkan rasa hiba taktau lagi nak buat macamana , Wanmommy lost my health and wealth . Semua benda yang ada dalam rumah gone begitu sahaja termasuk sebuah kereta yang tersadai akibat lumpur banjir . Redha -- dari situ Wanmommy pujuk diri , pujuk hati agar terima dengan redha , semuanya ujian dan dugaan dari Allah sebab Allah Sayangkan Wanmommy . Mula2 masa dalam wad doktor kata very mild stroke , Wanmommy pun lega dengar dan berharap sangat sembuh sebelum bercuti ke Bali , lagi tiga minggu sebelum tarikh ke sana . Then harapan semakin tipis dapat pergi bercuti sebab keadaam Wammommy makin teruk , semua perlu dibantu , nak pakai kain/seluar pun tak mampu nak angkat kaki walau seinci , makan kena bersuap sebab tidak punya kudrat untuk angkat tangan or sudu untuk menyuap . Begitu lemah keadaan Wanmommy . Sudahnya melepas ke Bali dan burnt 4pax punya pakej . Wanmommy redha ketika itu . Itulah pengajaran kepada Wanmommy agar redha atas apa yang berlaku dan bersyukur sebab masih boleh teruskan hidup , InsyaaAllah .

Wednesday 6 May 2015

Wanmommy Boleh. !!!

6 May 2015 -- Tanda bermulanya Wanmommy berleter kembali di alam blog yang ditinggalkan sejak sekian lama .

Wanmommy kini berusia 50 tahun , separuh abad dan cucu ke 5 Wanmommy berkongsi tarikh harijadi pada bulan Februari lalu yang juga menandakan jarak usia kami berdua genap 50 tahun , Alhamdulillah . Wanmommy kini punya lima orang cucu yang kesemuanya lelaki .

Wanmommy kini tidak lagi secergas dulu selepas diserang stroke dua tahun lalu dan kini masih dalam  proses pemulihan . Walaupun begitu syukur yang Wanmommy sudah kembali memandu kereta dan tidaklah sunyi sangat sebab dapat bergerak ke sana sini . Kaki kiri Wanmommy sahaja yang masih sakit bila berjalan yang adakalanya Wanmommy terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat .

Apapun yang terjadi , Wanmommy bersyukur masih boleh bernafas dan meneruskan kehidupan yang pastinya adakala tegak berada di atas dan adakalanya jatuh menjunam ke bawah . Doakan agar Wanmommy kembali pulih ya .

Wanmommy Boleh. !!!