Thursday 7 May 2015

Sukarnya REDHA .

Hari ni Wanmommy nak tulis kisah REDHA dalam ujian dari Allah . Wanmommy dah belajar konsep redha dari kecil , dari peringkat sekolah lagi . Memang rasa sangat mudah untuk memahami konsep redha dalam hidup . Selama 48 tahun hidup memang Wanmommy redha hidup dalam serba sederhana dan kadang2 mewah , senang untuk redha di kala itu . Jun 2013 Wanmommy diserang stroke dalam pada lepas balik bercuti di musim cuti persekolahan , baru lepas memandu beribu km , berdua saja pergi bercuti dengan anak bongsu ( beria Wammommy minta kebenaran dari Tokdaddy yang bekerja di Abu Dhabi untuk keluar bercuti ) . Happy ke sana ke mari dan dengan tiada tanda sakit apa2 kecuali diabetes tapi terkawal , Wanmommy disahkan stroke selepas buat MRI , Wanmommy cuma rasa tak sedap badan sebelah kiri , itu saja . Selepas 72 jam ( waktu peak untuk stroke either makin baik or makin teruk ) dan mine was getting worse , langsung dah tak boleh gerakkan keseluruhan badan sebelah kiri walaupun untuk gerakkan jari . Wanmommy konon nak test the power of my brain and mind , cuba focus untuk gerakkan jari , hampa , sedih usah kata . Dalam suasana tu Wanmommy taktau dah erti konsep redha . Memang mudah sorang datang ziarah pesan agar redha , redha dan redha . Sangat payah rupanya . Wanmommy yang aktif dan ceria sokmo , tiba2 direntap kebebasan begitu sahaja , sekelip mata . Wanmommy menangis dan menangis , rasa kosong , kosong se kosongnya dan pada waktu itu time period pula , tak boleh solat . Wanmommy dengar pula ceramah seorang motivator terkenal yang mengatakan -- jika sesuatu musibah berlaku , itu mungkin juga balasan dari Allah , bila Wanmommy dengar perkataan " balasan " hati jadi tak keruan , tahu diri ini tak dapat lari dari dosa tapi dalam jiwa ini ada lebih dari 1001 persoalan , kenapa balasan itu kena pada diri ini ? Wanmommy dengar pula ceramah dari seorang pemceramah yang terkenal di peringkat antarabangsa , ustaz ni kata jika musibah datang melanda diri , anggap itu sebagai satu petanda yang Allah Sayangkan Kita , Allah tidak bagi balasan kerana sifat Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani . Wanmommy suka dengan apa yang Wanmommy dengar dan sudah mula merawat hati dan pentakit stroke itu sendiri . Pelbagai rawatan Wanmommy cuba , tanam badan dalam pasir laut , kerusi urut , katil urut , urut traditional melayu , macam2 jus yang MLM jual , semua sudah dan akhirnya Allah pertemukan Wanmommy dengan seorang uncle tionghua yang pandai urut sendi untuk pulihkan stroke . Setiap minggu uncle datang dari Kuala Terengganu dan Wanmommy dah boleh bergerak , memandu cuma kaki especially di lutut yang tak sempat habis urut bila hujung tahun 2013 itu kami terpaksa berpindah dari rumah kami yang dilanda banjir besar ( dalam rumah hapus kepala dalam airnya ) , dengan keadaan Wanmommy yang belum sembuh sepenuhnya , Wanmommy balik kampung . Kalau ikutkan rasa hiba taktau lagi nak buat macamana , Wanmommy lost my health and wealth . Semua benda yang ada dalam rumah gone begitu sahaja termasuk sebuah kereta yang tersadai akibat lumpur banjir . Redha -- dari situ Wanmommy pujuk diri , pujuk hati agar terima dengan redha , semuanya ujian dan dugaan dari Allah sebab Allah Sayangkan Wanmommy . Mula2 masa dalam wad doktor kata very mild stroke , Wanmommy pun lega dengar dan berharap sangat sembuh sebelum bercuti ke Bali , lagi tiga minggu sebelum tarikh ke sana . Then harapan semakin tipis dapat pergi bercuti sebab keadaam Wammommy makin teruk , semua perlu dibantu , nak pakai kain/seluar pun tak mampu nak angkat kaki walau seinci , makan kena bersuap sebab tidak punya kudrat untuk angkat tangan or sudu untuk menyuap . Begitu lemah keadaan Wanmommy . Sudahnya melepas ke Bali dan burnt 4pax punya pakej . Wanmommy redha ketika itu . Itulah pengajaran kepada Wanmommy agar redha atas apa yang berlaku dan bersyukur sebab masih boleh teruskan hidup , InsyaaAllah .

30 comments:

  1. Kita sentiasa berdoa dan berharap moga wanmommy cepat sembuhnya dan ceria kembali.. Rindu nak jumpa huhu

    ReplyDelete
  2. Maklang, ingat lagi saat2 pahit tapi you all tetap bagi semangat agar terus bertahan . Thanks so much .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua gerak geri kita dari Allah jua.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amiinn

      Delete
  3. Tq wanmommy..mencari jua redha hati walau nampak ok2 je....

    ReplyDelete
  4. Tq wanmommy..mencari jua redha hati walau nampak ok2 je....

    ReplyDelete
  5. Teacher baker , bila senang hati redha , bila susah .... Susahnya mencari erti redha .

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah meningkatkan lagi iman wanmommy dan menjadikan wanmommy lebih hampir dengan Allah.

    Narrated Abu Sa'id Al-Khudri and Abu Huraira:
    The Prophet said, "No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah . Your words are soothing my heart . Thanks so much .

      Delete
  7. selamat kembali menulis SilverSarina...macam dolu2 ya...banyak pengalaman dalam menempuh dugaan...kami terasa berat memandang tentunya lebih berat WanMommy mengalami....doa saya supaya akan diberkati kehidupan dan dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 dugaan Allah di usia tua ini semata2 untuk Wanmommy kembali munasabah diri dan iman yang ada ketikanya lalai .
      Thanks for your dua . Ameen .

      Delete
  8. Salam perkenalan Wanmommy.

    Semoga cepat sembuh yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali .

      Ameen . Thank you .

      Delete
  9. Selamat kembali menulis silversarina.... wah lamanya tak nampak nama ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silversarina nak pujuk diri dengan kembali berblogging sebab dah hambar suasana di fb :)

      Delete
  10. Memang Allah sayangkan wanmommy dia beri ujian and dia tahu hambanya, wanmommy mampu menahan ujian tersebut. On top of that Allah nak bagi extra pahala and nak wanmommy lebih dekat dengannya. Shafahullah.

    ReplyDelete
  11. It's not easy kan kak. Else you're there, going through 'a situation' you've never experienced before.

    Tapi saya tau kadang kawan-kawan ni speechless, trying to say something/communicate with us... though it's not what we want to hear as 'redha', 'sabar', 'kuat' tu actually kita dah dan masih buat. So I take it as they're just trying to be nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Sue , orang taktau nak nasihat apa , sabar dan redha aje , memang itulah yang sepatutnya akak terima . Alhamdulillah .

      Delete
  12. Banyak dapat saya belajar dari kesabaran dan ketabahan kakak.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia juga menyedarkan akak yang selalu lalai .

      Delete
  13. Ye bila masa susah mmg kita sukar untuk redha. Itu perasaan normal kak sbb kita manusia kan. Moga diberi ketenangan buat kak rina. Allah uji tanda sayang. Mungkin susahnya disini di sana nanti bersenang lenang.

    ReplyDelete
  14. Saya pernah baca, bila diuji Allah, mungkin ada 3 perkara yg ingin disampaikan. Samada ia balasan, teguran atau ujian. Allah rindu nak dengar kita berdoa pada Dia. Tak mampu nak cakap apa2 wanmommy sebab i think you have heard it all. cuma boleh bg virtual hug je, sambil tepuk2 bahu and say, stay strong wanmommy. You are one strong lady, you can face this. Thats why Allah choose you. Peluk ketat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya benar , akak pernah belajar tapi bila nak apply apa yang dipelajari ketika itu tak muncul perkataan redha itu hingga setelah dua tiga bulan baru dapat betfikir dengan tenang dan nampak "balasan " itu .

      Delete
  15. Moga Wanmommy diberikan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  16. Semoga WanMommy diberi kesembuhan segera. Ya betol, bukan balasan dari Allah. Tapi ujian.

    ReplyDelete
  17. eh boleh reply comment to each person like that ah? waahh kena godeh setting macam ni

    ReplyDelete