Saturday 9 May 2015

Redha ini " balasan" .

Setelah agak lama selepas serangan stroke Wanmommy mula boleh terima yang ujian sakit ini adalah balasan dari Allah . Kenapa dikatakan balasan. ?? Salah satu puncanya begini : Wanmommy imbas kisah lama . Sebelum 2005 atau sebelum Wanmommy berpindah ke Amman , Jordan , Wanmommy seorang yang aktif sekitar Kemaman hingga ke Felda2 yang ada di daerah Kemaman , kerja Wanmommy bagi ceramah , kursus motivasu khas buat mak-mak dan anak2 remaja dan mempengerusikan pelbagai acara . Pendekata Wanmommy sorang yang fasih bila berkata-kata . Setelah berpindah ke Amman . Wanmommy merasakan satu kebebasan dan kepuasan duduk di rumah tanpa sebarang acara , cuma mendidik 2 orang saja anak yang sedang bersekolah tadika dan menengah rendah . Rasa amat seronok rasa macam on vacation saja , ada cuti jekami melancong ke negara jiran . Bila Wanmommy pulang ke tanahair Wanmommy dah mula selfish , I just nak focus on my family . Puas kawan2 pujuk agar kembali menjadi penceramah da emcee , namun Wanmommy tetap berkeras kata "No" , my time hanya untuk diri sendiri dan keluarga . Bila masa Tokdaddy pulang bercuti ( every other month ) kami biasanya akan pergi bercuti , melancung ke luar negara , sekurang2nya 3 kali setahun , we enjoyed travelling so much . "Balasan" -- yup, bila dah kena stroke , walaupun mulut I tak sampai herot tapi I cakap dah pelat dan tak fasih , kadang2 I tak boleh control , I nak sebut lain tapi perkataan lain yang keluar ( berterusan hingga kini ) . Wanmommy dah redha stroke ini juga sebagai balasan atas sikap angkuh dan selfish Wanmommy . Wanmommy berpesan kepada semua -- ingat masa sihat sebelum sakit . Lakukan yang terbaik buat agama terutamanya .

6 comments:

  1. Assalamualaikum rina... kadang2 semua tu ujian dari Allah... utk melihat bagaimana kita menerima ujian dariNYA... untuk meningkatkan martabat kita di sisiNYA... semoga keadaan Rina akan bertambah baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini I sendiri dapat rasakan ianya pembalasan dari Allah tapi syukur Allah bagi peluang untuk I bermunajat kepadaNYA dan dapat perbaiki diri InsyaaAllah .

      Delete
  2. Entry wanmommy ni buat saya berfikir sejenak. Kadang2 decision yang kira rasa the best for us and family may deprive other poeple from benefitting ilmu yg patut dikongsi. Something for me to ponder really hard at this point of life. Thank you for sharing wanmommy. Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi macam ni baru tau segalanya pinjaman , kesihatan juga adalah pinjaman , ilmu dan kebolehan yang ada adalah hak mutlak Allah , jika yang berbayar pun ( dapat duit dan hadiah bila ceramah) pun kita boleh tak nak , nampak sangat kita ni kedekut sebenarnya , ilmu yang ada macam kita sendiri yang raih dari kepintaran diri sendiri , apa yang boleh kita manfaatkan masa sihat , lakukanlah apa sahaja yang boleh kita lakukan untuk manfaat manusia sejagat dan alam ini .

      Delete
  3. Kak,
    Terima kasih mengingatkan saya

    ReplyDelete
  4. Ini kisah benar yang memang menginsafkan akak dan boleh dijadikan peringatan buat kita semua .

    ReplyDelete